9 cara menyokong Gaza melalui Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS)

9 cara menyokong Gaza melalui Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS)

Apa itu BDS? (Boycott, Divestment and Sanctions)

Gerakan peringkat global yang memberi tekanan terhadap Israel supaya ia mematuhi undang-undang antarabangsa dan hak-hak rakyat Palestin. Dimulakan oleh masyarakat awam Palestin pada 2005, dan diselaraskan oleh Jawatankuasa BDS Negara Palestin  (BNC), yang ditubuhkan pada 2007. BDS merupakan satu strategi yang membolehkan masyarakat memiliki kesedaran untuk memainkan peranan yang berkesan dalam perjuangan Palestin untuk keadilan.

Boycott – pulaukan produk dan syarikat Israel

Divestment – tidak melabur di dalam syarikat bersubahat dalam pelanggaran hak asasi Palestin

Sanctions – sekatan ekonomi dan politik terhadap Israel

9 cara menyokong Gaza melalui BDS:
1.Boycott syarikat Israel dan syarikat-syarikat antarabangsa yang terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia Israel
2.Ikuti BDS di media sosial dan membantu menyebarkan berita
3.Belajar dan berkongsi maklumat mengenai pergerakan BDS
4.Libatkan diri dengan  kempen BDS di kawasan anda
5.Ambil tindakan dalam talian
6.Galakan penglibatan komuniti anda sendiri dalam kempen memerangi pelanggaran Israel terhadap undang-undang antarabangsa
7.Galakan organisasi anda untuk menyokong BDS
8.Mengadakan tindakan boikot di kedai yang menjual barangan Israel
9.Sebarkan senarai ini

Maklumat Lanjut sila layari http://www.bdsmovement.net/get-involved

header4